Thursday 5 January 2012

melangkah ke tadika

x sangka masa cepat betul berlalu...

anak bujang ku yang berumur 4 tahun sekarang dah melangkah ke tadika.. muda lagi kan.. hmm mungkin trend sekarang suka hantar anak ke tadika sekarang..

tapi jika diambil kira pada masa kini, minda kanak-kanak pada masa sekarang cepat dan mudah belajarpada usia begini..

namun, saya dan suami bercadang menghantar ke tadika pada usia muda salah satunya untuk memberi dia pendedahan berkawan dengan rakan-rakan baru.. dan boleh mula belajar sedikit demi sedikit..











6.1.2012

Dah lama x post entry dalam blog ni.. almaklum lah, saya bukan berada dalam kategori, rajin blogging..
hanya sekadar suka2.

6.1.2012..banyak berlaku dalam tarikh tu..

my 1st paper final, on my last semester.. paper bekalan air.. study belum habis lagii..
then, on that day jugak.. my hubby ada company vacation kat Bandung pulak tuu.. hmm. x adil sungguh vacation x boleh bawak family...  :(

dan lagi satu.. 6.1.2012

ia merupakan tarikh paling bermakna dalam hidup saya,.. iaitu.. BIRTHDAY MY HUBBY!!!

kasihan kami.. kebanyakkan tarikh2 penting x dpt nk celebrate on time disebabkan faktor kami ni husband & wife PJJ.. :)  wedding anniversary yang baru berlalu pun belum sempat kami celebrate..

hopefully after final exam, boleh celebrate kedua2 skali.. :)


anniversary last year punya.. :)






Wednesday 23 November 2011

Amanat terakhir...

Huhuhu.. sedih rasanya.. saya melepaskan tugas & tanggungjawab saya kepada rakan seperjuangan.
sebenarnnya, di Universiti saya hanya bergiat aktif dengan sukan kegemaran iaitu SOFBOL.. tetapi disebabkan pelbagai faktor.. saya terpaksa melepaskan jawatan & memberikan amanat terakhir kepada junior2 dalam merangsang mereka supaya memberikan komitmen yang penuh pada pasukan..

di UTHM ni, sukan agak terpencil.. jadi saya dulu sedaya upaya menaikkan martabat sukan ni.. & saya berharap sangat supaya apa yang saya tinggalkan kepada junior2.. tidak berkubur begitu sahaja..

Sedih rasanya meninggalkan padang semalam.. apakan daya.. komitmen keluarga & pelajaran lebih mendahuluinya...  uuuhh...  mcm nak nangis... apapun.. majulah.. DAGGERS!!!!

antara kenangan bersama team..




jersey terbaru.. sempat saya tempah.. walaupun dh meninggalkan team.. sobsss..sobsss..sobsss



minum petang

cuti - cuti sekolah ni.. memang sibuk sikit..

bukan lah sibuk apa.. sibuk kena siapkan makanan anak buah ku.. biasala budak tgh mmbesar.. mmg banyak makan.. jadi, smalam saya ada buat minum petang..

hihihi.. roti sosej gulung....



ni la.. roti sosej gulung saya...

untuk resepinya.. senang2 boleh la buat yer...



 Roti Sosej (Bahan-bahan ( 40 biji ))
  • 1 kg tepung gandum
  • 1 paket mauripan
  • 2 mug air suam
  • 1 sudu teh gula
  • 5 sudu besar planta
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 10 batang sosej - dibelah 4
Cara-cara
  1. bancuh mauripan dengan air suam dan gula. Biarkan bancuhan hingga berbuih.
  2. gaul tepung, susu dan planta hingga menjadi seperti breadcrumbs   
  3. campurkan bancuhan mauripan dan uli hingga sebati
  4. rehatkan doh hingga naik sekali ganda   
  5. potong sosej kepada 4 bahagian  
  6. ambil secubit doh, uli bentuk panjang  
  7. lilitkan ke sosej. Buat hingga sosej habis
  8. rehatkan sebentar sehingga doh naik sekali lagi 
  9. goreng hingga warna keemasan 
  10. hidangkan dengan sos pencicah kegemara
  1.  
  1.  

Anak Buah Angkat

Assalamualaikum..

Sekarang ni cuti sekolah pun dah tiba.. wah.. budak2 semua seronok la..dapat cuti yg panjang sebelum memulakan musim persekolahan yang baru..

di rumah saya ni, emak saya ada menjaga 3 org anak kawan saya.. umur dia yg sulung 11 tahun darjah 4, no 2, darjah 1 & yg bongsu 1thn setengah.. tapi.. byk2 adik beradik dia ni.. yang paling nakall.. yang bongsu.. Aisyah rania..

Saya sayang mereka ni dh macam adik beradik & yg kecil tu mcm anak saya sendiri.. sbb dari mereka kecil saya tolong mak jaga...jadi kalau apa yang saya buat, selalu saya & husband x lupakan mereka..

contohnya.. mcm pergi tgk wayang, msti saya akan bawak abang dia yg 2 org tu.. mcm cuti sekolah yang dulu, kami bawak diaorg pergi taman tema wet world.. mungkin saya suami isteri suka melayan budak2 kot, sampai sanggup bawak 5 org budak (termasuk anak saya ke taman tema air tu) yg kecil lagi tu x dpt nk bawak la kan.. sbb masih kecil & terlampau aktif..x per rania yer.. nnt dah besar.. mama bawak la yer..


yg gambar atas tu,, abang2 dia.. sampai ke kebun kami bawa diaorg
yg gambar bawah ni la Aisya Rania.. comel kan.. tapi.. jgn terpedaya dgn kecomellannya.. dia sgt nakal..

Wednesday 9 November 2011

Kereta merajuk...

Assalamualaikum..

hmm.. kereta..owhh..kereta.. kalau xde kereta, susah jgk hidup kita..
yerla..nak bergerak ke sana ke sini..
kalau kereta merajuk.. susah jgk.. boleh jadik kering poket kita dikerjakan..

x tau la..merajuk kenapa.. sblm raya haji.. kereta kesayangan dh buat hal...
temperature naik..baru gerak dlm kawasan bndr..temperature naik..
huh.. baru 2 tahun lepas dh tukar water pump..
ni bila check.. water pump x rosak pun..tapi tukar jgk la takut buat hal pulak..sbb nak jalan jauh..

malam tadi.. time gi makan mlm.. tiba2 boot belakang terbukak.. (bonet laa)...
penat adjust.. smpi rumah.. ada pulak part dia patah..

yg herannya..time wife tuan dia drive x, buat hal..
time tuan dia drive, kereta kesayangan merajuk... sian22.. papa ku...
kereta kesayangan ku...

Friday 4 November 2011

Qurban_satu ibadah..

Assalamualaikum..

Suasana menyambut Aidiladha amat terasa sekarang.. namun pastinya.. lebih terasa bagi insan yang telah menunaikan haji..cth seperti entry saya yang lepas..

oh yer.. teringat dengan Aidiladha, semestinya bersangkut paut dengan ibadah qurban. tadi pagi dengar di program Tanyalah Ustaz.. sungguh menarik hati.. ibadah qurban, perlulah dihayati sepenuhnya, barulah kita dapat merasai fadhilatnya..

antara kata-kata ustaz yang masih saya ingat:

1)kita akan lebih menghayati ibadah qurban apabila kita sendiri yang mencari binatang yang hendak diqurban, mengambil berat kesihatan binatang tersebut & memastikan binatang tersebut dalam keadaan sihat.

2)setelah binatang qurban tumbang & pipinya menghempas ke tanah, kawasan tanah tersebut akan memohon 10 keampunan dari ALLAH kepada kita.

3)setiap kunyahan daging qurban yang dikunyah oleh penerima daging qurban tersebut, ALLAH memberi 10 fadhilat keatas kita yang menjalankan qurban..

itu antara yang saya ingat pada rancangan tersebut. Tetapi banyak lagi fadhilat yang ALLAH janjikan dan tidak terbilang, bagi sesiapa yang menjalankan ibadah qurban di Aidiladha.



Berikut antara fadhilat yang dapat kita hayati..

Fadhilat dan Kelebihan Berqurban
1. Keampunan.-
Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.” (Hadis riwayat al-Hakim)

2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan.
Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:  Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

3. Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala.
‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)

4. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.
Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.
“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan.” (al-Hajj : 36-37)




Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.(HR Ahmad dan Ibnu Majah)

Salam Aidiladha....