Work hard is not enough, work smart is much better. Statement tersebut sudah cukup untuk memberi motivasi bagi meningkatkan produktiviti bekerja. Ataupun dalam bahasa yang lebih mudah fahami “bekerja ikhlas“, untuk memperolehi hasil yang memuaskan dalam pelbagai aspek.
Bekerja dengan ikhlas kadang-kadang memang tidak menjamin menaikkan output. Tapi sebagai proses, bekerja ikhlas memberikan nilai tersendiri. Dengan bekerja secara ikhlas, maka ada nilai satisfaction tertentu yang diperoleh, dimana ia bukan hanya output. Tetapi dengan adanya rasa ikhlas dalam melakukannya, maka ada kepuasan mengiringi output yang akan diperoleh.
Selain daripada output yang diperolehi, semestinya kita secara tidak langsung dapat memuaskan hati pelanggan @ client. maka, ramai yang akan berpuas hati dengan cara kita bekerja.. jika pelanggan @ client x puas hati...huhhhhhh jawabnya.. kena herdik ataupun kena maki hamun.. betul ..x..
Sifat
keikhlasan hati itulah yang menjadi pedoman kepada seseorang di
dalam pekerjaan atau perkhidmatan. Ianya merupakan alat yang menyampaikan
cita-cita yang mulia. Orang yang bekerja dengan penuh keikhlasan
hatinya tentunya tidak mudah patah atau putus harapan di tengah
jalan. Tidak mudah putus asa, dia tidak akan puas hati sebelum
pekerjaan yang dilaksanakannya itu berhasil sepenuhnya. Mereka
di dalam bekerja teguh pendirian kuat hemah dan kemahuan, dia
tidak akan tersinggung hati lantaraan celaan dan kritikan orang
lain. Tidak sombong kerana menerima pujian, tidak bangga kerana
dinaikkan pangkat atau mendapat harta yang banyak dan kedudukan
yang baik malahan orang yang bekerja dengan ikhlas tetap terus
berusaha hingga tercapai yang dicita-citakan dan tidak akan memberhentikan
kerja itu walaupun akan menghadapi rintangan, halangan dan menempuh
pengorbanan yang besar kerana mereka mengharapkan keredaan Allah
yang tidak ada batasannya.
Maka, jom kita lakukan apa jua pekerjaan kita dengan hati yang tenang & ikhlas...
Wassalam.... :)
No comments:
Post a Comment