Friday 28 October 2011

Pesta Konvo UTHM 2011

Assalamualaikum
Sekarang ni, tgh musim pesta konvo dekat mana2 universiti( dalam Malaysia la kan...hihihi).. so, walau pun aku belum konvo lg, aku ambil kesempatan la tinjau2 pesta konvo dkt UTHM ni..

Tahun lepas pun x penah pegi.. hihihi.. memandangkan dh last sem, so saya pergila bersama adik + anakku + anak buah ku...

seronok jgk n happening... sebab UTHM sudah makin nampak berwajah baru..

Anakku & Anak buahku

Dengan mama

Dengan adikku

Sedap makan coklat.. beli dengan rakan-rakan

Teruja..ada belon besar

Pose dekat kedai

Dah nak balik
Hmm.. walaupun basah n sempat juga hujan masa kami ronda-ronda.. tapi still ramai juga yang dtg berkunjung ke pesta konvo..
yer la.. setahun sekali kan.. bila lagi nak berpesta.. hihihi..

ok ... Wassalam...

Thursday 27 October 2011

Do you know how to protect urself against the deadly dengue? Take the #GanyangAedes quiz to find out how!

Fight the deadly dengue!

Do you enjoy spending time outdoors? But then you run at the sound of a high-pitched noise you're familiar with... cos you know it's the return of the mosquito, coming to infect you!

It's so easy to become infected with deadly dengue, but do you know the symptoms and how to prevent it? Fight dengue by becoming an aedes-buster! Ganyang Aedes!

Do you know how to protect urself against the deadly dengue? Take the #GanyangAedes quiz to find out how!

How does getting rewarded through sharing sound like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

 Ready to burst out all the latest awesome news to your friends? Get rewarded by doing so!

Bring your friends to sign up today and get rewarded RM 1.00 per friend invited.

The more, the merrier!


How does getting rewarded through sharing sound like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Kartun Kegemaran Anakku...

 
Assalamualaikum..

Entry sebelum ni, saya mengajak anda semua mengimbau kembali zaman kanak2 kita dulu dengan kartun dulu-dulu.. tapi zaman semakin berubah...Anakku yg baru berusia 3 tahun, dh ada kartun kegemaran dia.. nak tau apa????
mcqueen & kawan baiknya mater
Saya rasa, semua kanak2 pun dalam alam fantasi seperti anak saya sekarang..Sungguhpun, kartun inggeris.. ada jgk.. kartun melayu yang dia minat.. Ala Upin Ipin tu.. Boboi boy, & Kampung Boy...

















 




Ni pula antara koleksi kartun anakku..hihihi.. kadang2, mama n papa dia yg terlebih obses.. hihihi

Poster yang semakin penuh

cars collection

area Les Copaque production.. Posing sblm berbuka puasa dkt restoren geng..

koleksi terbaru..


 Kegemaran anakku = kegemaran saya & encik suami  =)





Favourite Cartoon...Cartoon dulu-dulu

Assalamualaikum...
ingat lagi x.. masa zaman kita kecik2 dulu.. kartun apa yg menjadi kegemaran kita...kalau dulu rancangan kartun terhad sgt.. mcm tv2, tv3.. tu pun kena tggu hujung mggu.. xpun pada setiap hari pukul 5.. yer x..
kalau dulu.. paling suka mickey mouse ker, tom & jerry..x pun.. citer ultraman, suria perkasa hitam.. dgn power rangers la...huhuhu.. x boleh nak callback sgt la... kalau kartun malaysia.. ingat x.. mula2 skali.. Usop Sontorian.. best giler.. nampak cerita tentang kehidupan kanak-kanak melayu time tu..





Power Rangers... haaa .. mesti teringat.. setiap mggu duduk depan tv tggu cerita ni












Tom & Jerry ni, x boleh blah.. dah la cute... hohoho










usop sontorian, one of my favourite cartoon.. lagi2 ayam dia namanya Selebet..






haa.. kartun jepun lak.. igt x.. sailormon la.. doraemon la.. mcm doraemon x yah ckp la.. smpi sekarang glamer kat ntv7 n ceria

















 kalau x silap saya, tagline sailormon " Dengan Kuasa Bulan Akan Membunuhmu".. betul ker.. tapi saya bukanlah peminat citer sailormoon ni.. ermmm kurengg laa





tapi... dalam banyak2 kartun ni.. dari dulu sampai sekarang.. kartun Dragon Ball menjadi kartun favourite.. wah.. smpi skrg... I follow.. Komik dia.. 1st edition, jilid 1-43(kalau x silap)masih tersimpan lagi..hmm.. tp dlm bilik stor la.. ekekekke...Dengan poster2 dragon ball saya kumpul.. boleh teringat lagi detik2 dalam Dragon Ball tu, kadang2 sampai berangan boleh terbang mcm Goku guna kuasa dalaman..hihihi


salah satu pic poster  saya

hmmm... rindunya... zaman kanak2.. penuh dengan kartun...

P/S : Meh nak sewa baca buku Dragon Ball x.. hehehhe
















Bekerja Dengan Hati Yang Ikhlas.. Hati Pun Senang..

Bekerja.. suatu perkara yang setiap manusia lakukan pada setiap hari..dengan adanya semangat & melakukan pekerjaan dengan sebaik mungkin, ia memberikan suatu kepuasan dalam diri. Bukan sahaja pada diri, namun pada hasil kerja, & juga pelanggan @ client.. betul x??

Work hard is not enough, work smart is much better. Statement tersebut sudah cukup untuk memberi motivasi  bagi meningkatkan produktiviti bekerja. Ataupun dalam bahasa yang lebih mudah fahami “bekerja ikhlas“, untuk memperolehi hasil yang memuaskan dalam pelbagai aspek.

Bekerja dengan ikhlas kadang-kadang memang tidak menjamin menaikkan output. Tapi sebagai proses, bekerja ikhlas memberikan nilai tersendiri. Dengan bekerja secara ikhlas, maka ada nilai satisfaction tertentu yang diperoleh, dimana ia bukan hanya output. Tetapi dengan adanya rasa ikhlas dalam melakukannya, maka ada kepuasan mengiringi output yang akan diperoleh.

Selain daripada output yang diperolehi, semestinya kita secara tidak langsung dapat memuaskan hati pelanggan @ client. maka, ramai yang akan berpuas hati dengan cara kita bekerja.. jika pelanggan @ client x puas hati...huhhhhhh jawabnya.. kena  herdik ataupun kena maki hamun.. betul ..x..


Sifat keikhlasan hati itulah yang menjadi pedoman kepada seseorang di dalam pekerjaan atau perkhidmatan. Ianya merupakan alat yang menyampaikan cita-cita yang mulia. Orang yang bekerja dengan penuh keikhlasan hatinya tentunya tidak mudah patah atau putus harapan di tengah jalan. Tidak mudah putus asa, dia tidak akan puas hati sebelum pekerjaan yang dilaksanakannya itu berhasil sepenuhnya. Mereka di dalam bekerja teguh pendirian kuat hemah dan kemahuan, dia tidak akan tersinggung hati lantaraan celaan dan kritikan orang lain. Tidak sombong kerana menerima pujian, tidak bangga kerana dinaikkan pangkat atau mendapat harta yang banyak dan kedudukan yang baik malahan orang yang bekerja dengan ikhlas tetap terus berusaha hingga tercapai yang dicita-citakan dan tidak akan memberhentikan kerja itu walaupun akan menghadapi rintangan, halangan dan menempuh pengorbanan yang besar kerana mereka mengharapkan keredaan Allah yang tidak ada batasannya.

Maka, jom kita lakukan apa jua pekerjaan kita dengan hati yang tenang & ikhlas...


Wassalam....   :)





Wednesday 26 October 2011

Antibodi Yang Kuat.. Rahmat dari ALLAH

Alhamdullilah...
sesungguhnya kita harus bersyukur jika masih lagi sihat kerana ia tidak menjeaskan pekerjaan kita seharian. Namun, apa yang selalu kita lihat, apabila kita sihat.. kita lupa pada NYA.. bila ditimpa musibah.. kepadaNYA juga yang kita pinta...


Berbalik kepada topik antibodi pula... antibodi yang kuat juga merupakan rahmat dari ALLAH..kita terhindar daripada penyakit yang mudah dihidapi..

Seperti di dalam entri lalu.. saya ada menyatakan, anak lelaki ku yang berusia 3 tahun jarang dijangkiti demam, batuk & selsema. Seingat saya, anak lelaki ku pernah mengalami demam panas ketika usia 6 @ 7 bulan. Kemudian,  Alhamdullilah.. ku panjatkan kesyukuran anakku tidak mudah terkena demam, batuk & selsema kerana di waktu yang genting saya berdepan dengan buku-buku, ALLAH telah kurniakan rahmat baginya..

Seingat saya.. bagi kanak-kanak membesar.. Antibodi yang kuat bermula dari bayi lagi. Ia boleh diperolehi daripada SUSU IBU. Disini terdapat sedikit kelebihan mengenai susu ibu...

KEBAIKAN SUSU IBU 


Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Terlalu banyak kebaikan yang tidak dapat dihuraikan dalam satu entri sahaja. Susu ibu jika digunakan sepenuhnya, ia membantu mengurangkan kadar kematian bayi yang tinggi terutama di negara-negara yang membangun. Walaubagaimanapun anda ataupun ibu-ibu di luar sana mungkin masih lagi tidak menyedari kelebihan susu ibu anugerah tuhan.
Mengapa ingin mencari susu formula sedangkan susu ibu adalah percuma? Terdapat banyak sebab yang melanda terutama kepada ibu-ibu yang berkerjaya. Antara sebab utama ialah kekangan masa dengan kerja. Terlalu sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Walhal sebagai ibu, anda patut melihat setiap inci perkembangan anak anda.

1. Kandungan protein yang tinggi.
Susu ibu mempunyai kandungan protein ‘whey’ iaitu sejenis protein yang mudah diserap oleh usus badan. Nisbahnya adalah 70(whey):30(kasein). Tidak seperti susu formula, nisbah protein ‘whey’ dan kasein adalah rendah. Protein yang mudah diserap, akan digunakan sepenuhnya di dalam pembesaran bayi.

2. Mempunyai antibodi dalam memerangi jangkitan.
Susu ibu juga mempunyai antibodi yang bertindak sebagai ‘pertahanan pertama’ di dalam badan. Apabila terdapat jangkitan, badan kita mempunyai 3 lapisan pertahanan dalam memerangi jangkitan tersebut. Bolehkah susu formula melakukannya? Sudah tentu tidak. Belum ada susu formula yang memberikan antibodi yang terbaik seperti yang dapat diberikan oleh susu ibu.

3. Mengurangkan jangkitan usus.
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bayi yang didedahkan dengan susu formula lebih awal berisiko untuk mendapat jangkitan usus seperti cirit-birit dan sebagainya. Susu ibu terbukti di dalam kajian mencegah jangkitan usus ini diperingkat bayi.

4. Menguatkan hubungan antara ibu dan bayi.
Di sini, kasih sayang antara ibu dan anak akan terbentuk akibat hormon yang dihasilkan di dalam badan. Bayi yang menggunakan susu formula, mungkin agak sukar untuk ibu membentuk ikatan bersama anaknya. Ia bagaikan satu bentuk semulajadi yang sangat kita perlukan dan tidak memerlukan teknologi untuk mencapainya.

5. Meningkatkan perkembangan mental kanak-kanak.
Terdapat kajian yang menunjukkan IQ kanak-kanak yang berumur 7 hingga 8 tahun yang mempunyai sejarah menyusu badan lebih dari 6 bulan adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak yang menyusu kurang daripada 6 bulan. Semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak kita bukan? Lebih-lebih lagi ibu-bapa sekarang sangat mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka.

6. Kurang berisiko untuk mendapat alahan.
Ramai kanak-kanak di zaman moden ini mempunyai alahan seperti asma, alahan makanan, yang menyebabkan kulit gatal-gatal dan kemerah-merahan. Dengan penyusuan badan lebih daripada 12 minggu di dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan kadar berlakunya alahan terhadap bayi adalah lebih rendah daripada menggunakan susu formula.

Maka apa yang perlu anda lakukan?
Sebaiknya, anda harus memberikan susu badan secara eksklusif tanpa campuran susu formula sekurang-kurangnya 6 bulan. Dan itu yang terbaik dan kemudian, anda digalakkan untuk menggunakan susu formula kerana terdapat nutrisi-nutrisi yang diperlukan tidak ada pada susu ibu. Susu ibu merupakan makanan ajaib yang tuhan berikan kepada kita untuk digunakan sebaiknya dan kenapa kita di zaman kini mengabaikannya? Fikir-fikirkan.





Selsema....Batuk Di musim hujan

Assalamualaikum...

kalau kita lihat cuaca sekarang ni, memang tidak menentukan.. hujan..x kira waktu, tapi selalunya hujan di waktu petang.. banyak jugak la..aktiviti tergendala dengan musim hujan ni kan.. termasuklah jalan pun jadi jam bila time hujan... fuhhh..jadi rancanglah.. aktiviti kita dengan sepatutnya..



Bila musim hujan tiba, mula lah.. ramai yang tidak sihat.. batuk, selsema.. perkara yang akan dialami oleh sesetengah individu.. jika tidak cukup pertahanan badan, serangan simptom akan bermula


x terkecualilah dengan anak kesayangan ku ni...Hampir 3 minggu batu & selsema belum reda... hmm... pecah rekod... sebab sebelum ni, Muhammad Fakhri Arif ni teramatlah jarang diserang batuk, demam & selsema... tapi kali ni.. anak ku tidak terkecuali..hmm.. kasihann..

kasihan muhammad


kenapa saya kata muhammad jarang diserang demam, batuk & selsema?? Alhamdullilah.. mungkin dia dikurniakan antibodi yang kuat..

Antibodi yang kuat diperolehi daripada???



sekian, dulu.. bersambung di entri lain yer...

Wassalam





Hujan...Terima Sebagai rahmat ALLAH

Hujan adalah rahmat Allah, terimalah dengan penuh syukur dan sabar, persiapkan diri menerima rahmat Allah                       

 

                                         

Firman Allah s.w.t Yang Bermaksud:

"Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu,sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lain menyuburkan tumbuh-rumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun,kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda ( kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikir." (An-Nahl:10- 11)

Betapa cantik titisan air hujan yang jatuh ke bumi kemudiannya bersatu kembali dan mengalir menuju sungai dan lautan tanpa menggangu penghidupan manusia. Inilah satu cara terindah yang dilakukan oleh Allah bagi memenuhi keperluan hamba-hambaNya. Oleh itu hendaklah kita sedar terhadap rahmat Allah. Zat yang Maha lembut kepada hamba-hambaNya dan sentiasa mengatur kerajaanNya dengan penuh kebijaksanaan.

Kita juga hendaklah menyedari bahawa rahmat yang agung ini ada-lah kurnia Allah yang sangat besar yang dapat kita rasakan dan kita renungi keluasan nikmat serta keagungan ciptaanNya.



Sesungguhnya.. kita sebagai manusia dan hamba Allah.. perlu menerima segala pemberian dariNYA. 





Baking

Baking = buat kek
hmmm.. betul ker..
apa pun.. semenjak bergelar isteri ni, minat saya terhadap mempelajari membuat kek, kuih & seangkatan dengannya sangatlah memberangsangkan.

Kalau ada masa lapang, 2 @ 3 hari sebelum tu mesti dah plan utk buat kek apa..
Lagi 1, sebab saya beria sangat dengan mempelajari ilmu membuat kek ni, sebab my dear hubby tersangat lah suka dengan kek..

hmm.. x byk pic2.. kek yg saya snap dulu..tp ada lah skitt

kek lapis marie-horlicks

kek lapis rempah


hmm..yg latest... apam dot-dot..haa.. apam ni dibuat bersama2 my sisters..ni hasilnya


apam dot-dot n corak2..
saya ada jugak bercita-cita nak ambil baking course.. cuma x kesempatan jer
hmm.....
kepada sesiapa yg suka baking macam saya.. saya ucapkan


"HAPPY BAKING"

Me...With New Entry

Assalamualaikum
Akhirnya ada jugak saya blog sendiri.. selalu baca blog org jer kan.
huhuhu... tempat cetusan minda, luahan rasa, berkongsi idea dan... lain2 lagi la..

Sebagai permulaan,saya memperkenalkan diri saya dimana saya ni seorang isteri @ i'm a simple wife...
haa... inilah suami ku tercinta..cewahh
me & mr hubby
saya juga seorang mama kepada seorang anak teruna,... hihihi
my son.. ni masa 7 bulan kot..

ni yg the latest.. huhu..  almost 3 years

as a 2nd daughter in family

my beloved parents
and last.. as a full time student of UTHM
di fakulti baru

raya on 1st semester
hope.. enjoy reading.. with my new entry...


Tuesday 25 October 2011

I Love My Life... Alhamdullilah

I love my LIFE... Alhamdullillah


Sesungguhnya.. kita sebagai manusia, seharusnya bersyukur ke atas diri sendiri yang dianugerahkan oleh NYA.
Dengan adanya perasaan ini, secara tidak langsung akan terbit rasa syukur..

terbit dari kata 'syukran' yang bermaksud ucapan terima kasih. Dari segi pengertian syukur bermaksud sesuatu tindakan, ungkapan atau niat di hati sebagai tanda berterima kasih atas nikmat Tuhan kepada kita.


Apakah nikmat yang dimaksudkan dalam ayat tersebut? Sedar atau tidak, semua yang berlaku dalam kehidupan kita adalah nikmat. Nikmat sihat dan sakit, nikmat senang dan susah.. itu semua adalah nikmatNya yang tidak terhingga nilainya dan apakah kita masih tidak bersyukur?


Kadangkala kita lihat ada orang yang selesa dengan apa yang seadanya bagi mereka, tetapi ada juga kelompok yang seakan tidak pernah cukup akan nikmat yang dikurniakan kepada mereka. Dalam diri sendiri juga kadangkala terdetik masih tidak pernah berasa puas apa yang dimiliki.


Ada yang lekas sedar akan hal tersebut dan segera bertaubat, tetapi malang bagi mereka yang hanyut mengejar kenikmatan dunia yang tiada noktahnya. Takut nanti terlalu asyik dengan nikmat itu, boleh menimbulkan sifat ego seterusnya membawa kepada kekufuran.