Alhamdullilah...
sesungguhnya kita harus bersyukur jika masih lagi sihat kerana ia tidak menjeaskan pekerjaan kita seharian. Namun, apa yang selalu kita lihat, apabila kita sihat.. kita lupa pada NYA.. bila ditimpa musibah.. kepadaNYA juga yang kita pinta...
Berbalik kepada topik antibodi pula... antibodi yang kuat juga merupakan rahmat dari ALLAH..kita terhindar daripada penyakit yang mudah dihidapi..
Seperti di dalam entri lalu.. saya ada menyatakan, anak lelaki ku yang berusia 3 tahun jarang dijangkiti demam, batuk & selsema. Seingat saya, anak lelaki ku pernah mengalami demam panas ketika usia 6 @ 7 bulan. Kemudian, Alhamdullilah.. ku panjatkan kesyukuran anakku tidak mudah terkena demam, batuk & selsema kerana di waktu yang genting saya berdepan dengan buku-buku, ALLAH telah kurniakan rahmat baginya..
Seingat saya.. bagi kanak-kanak membesar.. Antibodi yang kuat bermula dari bayi lagi. Ia boleh diperolehi daripada SUSU IBU. Disini terdapat sedikit kelebihan mengenai susu ibu...
KEBAIKAN SUSU IBU
Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran
dan perkembangan bayi. Terlalu banyak kebaikan yang tidak dapat
dihuraikan dalam satu entri sahaja. Susu ibu jika digunakan sepenuhnya,
ia membantu mengurangkan kadar kematian bayi yang tinggi terutama di
negara-negara yang membangun. Walaubagaimanapun anda ataupun ibu-ibu di
luar sana mungkin masih lagi tidak menyedari kelebihan susu ibu anugerah
tuhan.
Mengapa ingin mencari susu formula sedangkan susu ibu adalah percuma?
Terdapat banyak sebab yang melanda terutama kepada ibu-ibu yang
berkerjaya. Antara sebab utama ialah kekangan masa dengan kerja. Terlalu
sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Walhal
sebagai ibu, anda patut melihat setiap inci perkembangan anak anda.
1. Kandungan protein yang tinggi.
Susu ibu mempunyai kandungan protein ‘whey’ iaitu sejenis protein
yang mudah diserap oleh usus badan. Nisbahnya adalah
70(whey):30(kasein). Tidak seperti susu formula, nisbah protein ‘whey’
dan kasein adalah rendah. Protein yang mudah diserap, akan digunakan
sepenuhnya di dalam pembesaran bayi.
2. Mempunyai antibodi dalam memerangi jangkitan.
Susu ibu juga mempunyai antibodi yang bertindak sebagai ‘pertahanan
pertama’ di dalam badan. Apabila terdapat jangkitan, badan kita
mempunyai 3 lapisan pertahanan dalam memerangi jangkitan tersebut.
Bolehkah susu formula melakukannya? Sudah tentu tidak. Belum ada susu
formula yang memberikan antibodi yang terbaik seperti yang dapat
diberikan oleh susu ibu.
3. Mengurangkan jangkitan usus.
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bayi yang didedahkan dengan
susu formula lebih awal berisiko untuk mendapat jangkitan usus seperti
cirit-birit dan sebagainya. Susu ibu terbukti di dalam kajian mencegah
jangkitan usus ini diperingkat bayi.
4. Menguatkan hubungan antara ibu dan bayi.
Di sini, kasih sayang antara ibu dan anak akan terbentuk akibat
hormon yang dihasilkan di dalam badan. Bayi yang menggunakan susu
formula, mungkin agak sukar untuk ibu membentuk ikatan bersama anaknya.
Ia bagaikan satu bentuk semulajadi yang sangat kita perlukan dan tidak
memerlukan teknologi untuk mencapainya.
5. Meningkatkan perkembangan mental kanak-kanak.
Terdapat kajian yang menunjukkan IQ kanak-kanak yang berumur 7 hingga
8 tahun yang mempunyai sejarah menyusu badan lebih dari 6 bulan adalah
lebih tinggi daripada kanak-kanak yang menyusu kurang daripada 6 bulan.
Semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak kita bukan? Lebih-lebih
lagi ibu-bapa sekarang sangat mementingkan pendidikan untuk anak-anak
mereka.
6. Kurang berisiko untuk mendapat alahan.
Ramai kanak-kanak di zaman moden ini mempunyai alahan seperti asma,
alahan makanan, yang menyebabkan kulit gatal-gatal dan kemerah-merahan.
Dengan penyusuan badan lebih daripada 12 minggu di dalam keluarga yang
mempunyai sejarah alahan kadar berlakunya alahan terhadap bayi adalah
lebih rendah daripada menggunakan susu formula.
Maka apa yang perlu anda lakukan?
Sebaiknya, anda harus memberikan susu badan secara eksklusif tanpa
campuran susu formula sekurang-kurangnya 6 bulan. Dan itu yang terbaik
dan kemudian, anda digalakkan untuk menggunakan susu formula kerana
terdapat nutrisi-nutrisi yang diperlukan tidak ada pada susu ibu. Susu
ibu merupakan makanan ajaib yang tuhan berikan kepada kita untuk
digunakan sebaiknya dan kenapa kita di zaman kini mengabaikannya?
Fikir-fikirkan.